Beberapa minggu kemudian, seluruh asrama diarahkan untuk berpindah ke asrama yang lain. Asrama yang lain itu tidaklah terlalu jauh daripada asrama sebelumnya sebab asrama baru tu sebelah je.. Arahan ini dikeluarkan atas alasan keadaan bangunan asrama lama yang kurang memuaskan dan khuatir akan mengancam nyawa di mana bangunan itu mungkin sekali akan runtuh.
Para pelajar pun mengemas barang-barang mereka dan berpindah ke asrama baru yang lebih cantik. Dalam banyak-banyak pelajar, terdapat 5 orang sahabat yang sangat rapat ibarat isi dengan kuku. Mereka ini ialah Cyunk Ika seorang yg bengis,Piqa Paramore seorang yg suke sgt tido dan menyanyi,G-ARE seorang yg kuat cakap,akma cornetto seorang yg kuat nangis dan kabot.dan akhir sekali ialah najuwa latiff merupakan seorang penyanyi terkenal.nama-nama mereka saya ambil drpd facebook untuk mempopularkan mereka.Mereka ditempatkan di dorm bernombor 342. Mereka berlima ni yang peliknya suka sangat bercerita cerita hantu di waktu malam. Bukan itu yang peliknya, yang peliknya ialah sebenarnya mereka ni jenis orang yang sangat penakut. Bak kata pepatah Bunk, "Tak Sedar Diri Lah Katakan". Bayangkan, mereka ni penakut tetapi suka bercerita pasal hantu tambahan pula di waktu malam. Eeee, peliknya.
Sedar tak sedar, malam pun tiba. Setelah selesai menjamah makanan yang disediakan di dewan makan, para pelajar pun pulang ke dorm masing-masing. Begitu juga mereka berlima. Mereka juga pulang ke dorm mereka. Mereka menyiapkan diri masing-masing untuk tidur. Apabila kelima-lima mereka meletakkan kepala di atas bantal, mereka cuba melelapkan mata. Malangnya, kelima-lima mereka masih tidak dapat tidur. Apa lagi, mereka pun mulakanlah kerjaya mereka dengan bercerita cerita hantu. Masing-masing ada cerita hantu. Walaupun kaki dah menggeletar dan berpeluh-peluh, tetapi mereka masih menggagahkan diri untuk mendengar cerita hantu yang diceritakan. Tak lama kemudian piqa paramore pon tido sambil didodoi oleh najuwa latiff dan disusuli oleh g-are yg kekenyangan.
Tepat jarum jam menunjukkan pukul 2.30 pagi, cyunk ika dengan tiba-tibanya terjaga dari tidur yang lena atas alasan hendak membuang air kecil. Malangnya, dorm 342 agak jauh dari tandas. Kisah hantu yang diceritakan oleh akma cornetto dan lagu seram oleh najuwa latiff tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. ini membuatkannya berasa takut untuk pergi ke tandas seorang diri. Dia pun cuba mengejut g-are tetapi dibalas dengan dengkuran.selepas tu dia mengejut najuwa latiff tetapi najuwa latiff seperti tidak sedarkan diri.dan dia terus kejutkan akma cornetto tetapi membatalkan hasratnya kerana akma cornetto seperti tidur mati sambil mata terbuka,seram pula cara akma cornetto tido. Kemudian dia mengejut piqa paramore lalu piqa paramore menjawab, "Saya mengantuklah, awak pergi la sendiri. Tak ada apa-apa pun. Jangan takut". Dengan kata-kata gramatis dengan alunan muzik lagu paramore yang dilontar itu, piqa paramore pun menyambung tidurnya.
Dalam keadaan yang memberanikan diri sebab mendengar bunyi dengkuran, cyunk ika pun berjalan menuju ke tandas yang terletak di tingkat bawah. Setiap bulu roma cyunk ika juga menegak dengan jitu dan padu. Akhirnya, cyunk ika pun tiba di tandas. Dia pun masuk tanpa rasa segan dan silu. Semasa dia sedang menunaikan hajatnya, dia terbau sesuatu yang sangat harum.cyunk ika pun menjenguk di luar pintu tandasnya. Dengan perasaan yang amat terkejut dan takut, cyunk ika menutup mulutnya menggunakan tangan untuk mengelak daripada didengari oleh apa yang dia nampak.
cyunk ika melihat sesuatu yang menyerupai manusia sedang duduk bertinggung mencuci pakaian. Rambutnya panjang dan berwarna putih. cyunk ika teringat akan kata-kata ibunya,yg bernama mak cik ohh deera, jika ternampak sesuatu yang aneh, cubalah tegur(ajaran sesat). cyunk ika pun bergerak perlahan-lahan ke arah wanita itu dan menegur, "Siapakah kamu?". Tiada jawapan diterima. Tanpa berputus asa, cyunk ika bertanya lagi, "Kenapa kamu Berada Di Sini?". Masih tiada jawapan diterimanya. Pertanyaan ketiga cyunk ika pun dilontar, "Apa Yang Bau Wangi Sangat Ni?". Akhirnya, wanita itu melihat ke wajah cyunk ika yg bengis itu dan berkata "Makcik Guna Sabun DAIA baru, Lupekan yang Lain".
Rupa-rupanya mak cik tua yg bernama adila azzera(bukan nama sebenar) itu menumpang di tandas asrama itu untuk mencuci pakaian kerana bekalan air di rumahnya yang tidak jauh dari situ terputus bekalan air. cyunk ika pun berasa lega dan menuju pulang ke dormnya. tetapi kisah misteri ini tidak berakhir di situ.apabila cyunk ika pulang ke dorm dia menjerit dan tidak sempat tutup mulut apabila melihat satu lembaga di cermin dormnya lalu dia pengsan.semua ahli dorm berkenaan bangun kecuali g-are.dan piqa paramore pon bangun dan berkata"haha kau pengsan sebab tengok muke sendiri kat cermin lagi".akma cornetto pula berkata"nie kali ke 3 ko pengsan sebab tengok muke sendiri kat cermin".dan satu dorm ketawa sambil membiarkan cyunk ika terlentang di atas lantai sampai ke pagi.lalu najuwa latiff menyanyikan sebuah lagu untuk menghiburkan rakan-rakanya..tetapi adakah cyunk ika pengsan kerana melihat mukanya sendiri di cermin atau melihat makhluk lain di cermin??untuk jawapannya tanya la cyunk ika sendiri....
~TAMAT~
created by : Ady Aizuddin 5ATA2 2012
#hanye rekaan semate semate . :)