JellyPages.com
Assalammualaikum , anda kini berada di ZON NUR NAJIHAH ABD HAMID . Thanks sudi melawat kat belogg yang hodoh ini , please respect my place . Enjoy okay , sila FOLLOW and LIKE if suke dengan site g-are . sila tinggalkan tapak kaki anda
Daisypath Happy Birthday tickers

Friday 24 August 2012

pertemuan yang tidak disangka

Dulu masa Form 1 , aku ada kawan sekelas nama Ammar Sallehuddin , orangnya agak tinggi , amat poyo bagi aku lah . Aku tak berapa berkenan dengan dia sebab dia agak poyo lah , bajet KL . Budak kelas menggelarnya sebagai LALANG sebab rambutnya yang memang macam LALANG , . Dia seorang yang bijak bestari , seorang yang banyak bercakap . :D .Aku memang tak rapat pun dengan beliau , kawan-2 macam tuu je. Beliau tinggal bersama neneknye manakala ibu bapanya berada di Selangor . .

Then , naik Form 2 tahu-2  beliau sudah berpindah ke tempat beliau . Kami memang lost contact , memang aku teringin nak contact dia balik sebab rasa rindu nak dengar suara dia yang bising tuu . Aku ingat lagi , masa tuu dia pakai nombor 017-XXX1067 , . Aku tak tahu kenapa aku cari dia padahal aku tak suka dia .  Last-2 aku putus asa nak cari nombor dia .

Facebook pun diperkenalkan dan aku mula bermuka buku lah , . tiba-2 aku teringat kat Ammar , aku pun try search AMMAR SALLEHUDDIN , aku nampak muka dia , . Happy tak terkata , aku pun add beliau dan tinggalkan pesanan bersama nombor phone . . Excited giler , . Then , satu malam tuuu tiba-tiba nombor tidak dikenali menghantar pesanan ringkas SMS tanpa diundang (first time guna perkataan ini ). OMG , pesanan dari Ammar Sallehuddin sahabat lama . .

Ramadhan mengundur diri dan Syawal mengambil alih , aku menghantar pesanan kepada Ammar untuk mengucapkan Selamat Hari Raya , .  Then , aku ajak beliau datang ke rumah pada hari lebaran , . Dia berkata bahawa dia akan pulang ke kampung pada hari raya ketiga , . Aku menunggu kedatangan beliau , . Pada hari raya keempat , kami berjanji mahu ketemu bersama Syafiq Sahari , Syafiq Sahari akan mengambil Ammar di rumah neneknya . . Tetapi , Syafiq Sahari tidak dapat hadir , . Kesian pada Ammar , . kemudian , tadi aku memaksa beliau datang ke rumahku . .Akhirnya  dia datang juga , gembira sungguh dapat ketemu sahabat  lama . . tYang membuatkan aku terharu ialah beliau salam dan cium tangan ibu aku , bangga dapat kawan macam kau Ammar , . Kau kawan lelaki pertama aku yang salam ibu aku , . :) Kami berbual hanya sementara kerana aku mahu keluar ke pekan . Aku menghantarnya pulang ke rumah neneknya . . harap dapat berjumpa beliau pada lain hari . ( maaf , aku tak tahu kenapa hari ini aku teringin nak guna bahasa melayu yang sempurna mengikut undang-undang Lembaga Peperiksaan Malaysia :D )

#Ammar , terima kasih sudi jumpa aku hari ini , :D
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment